Reban Ayam Baru

Reban Ayam Baru

Tuesday, July 6, 2010

Peringkat Tumbesaran Ayam


  1. Peringkat 1 = peringkat usia anak ayam dari satu hari sehingga 2 bulan. Ketika ini perhatian serius diperlukan untuk meningkatkan daya hidup seekor ayam. Ayam perlu dijaga dari semua aspek termsuk suhu persekitaran, keselamatan serta makan minum. Anak ayam sangat sensitif terhadap perubahan persekitaran dan sebarang unsur berbentuk tekanan meningkatkan kematian anak ayam.

  1. Peringkat 2 = peringkat usia antara 2-4 bulan. Ketika ini anak ayam mula diasuh untuk menjadi ayam dewasa. Ciri-ciri ayam dewasa matang mula wujud dan proses pembesaran berlaku. Namun ketika ini anak ayam masih lemah walaupun pada mata kasarnya sudah cukup bersedia. Kalau ketika ini kita mendedahkan anak ayam ini dipersekitaran yang asing dan sukar seperti cuaca melampau, anak ayam akan mudah mati. biasanya penternak memindahkan anak ayam yang menyerupai reban ayam dewasa tanpa pemantauan. Perkara ini banyak membunuh anak ayam secara langsung atau tidak. Sepatutnya anak ayam masih lagi dididik berikut resam si ibu akan mendidik anaknya sehingga berusia 3 bulan. Ketika umur 3 bulan, si ibu akan meninggalkan anaknya namun masih mengambil tahu sekiranya anaknya bermain dipersekitaran. Oleh kerana kita tidak mendidik anak ayam ini secara formal atau secara tabii, maka lanjutan tempoh masa mendidik perlu dilanjutkan kepada 4 bulan.

  1. Peringkat 3 = Anak ayam berusia 4 bulan sehingga matang. Ayam akan mula matang apabila mencecah usia 6 bulan. Namun untuk ayam jantan jangkamasa 1 tahun diperlukan untuk mencecah usia matang sebagai baka pejantan. anak ayam sudah digelar ayam matang pada masa ini. Dari usia 4 bulan hingga 6 bulan, anak ayam biasanya akan membesar dengan cepat untuk menyediakan diri untuk hidup bersaing di dalam reban. Anak ayam mula nampak cergas serta meniru perbuatan biasa ayam matang lain. Ayam boleh hidup sehingga 8-10 tahun sekiranya dibiarkan lepas bebas dan antara 4-5 tahun jika diternak secara kurungan.

Penjagaan Anak Ayam

  1. Menyediakan reban asuhan @ brooder. Keluasan mengikut kuantiti anak ayam. Pastikan tiada lubang yang boleh menyebabkan angin luar masuk. Reban anak ayam hendaklah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan penyakit.

  1. Menyediakan sumber haba @ mentol untuk anak ayam memanaskan badan. Mentol 5 watt untuk hari biasa manakala mentol 15 watt untuk musim kentujuh. Ketika umur anak ayam bawah 1 bulan lampu hendaklah dipasang 24 jam. Suhu yang baik untuk anak ayam ialah 37c ketika umur bawah 1 minggu dan menurun sebanyak 1c pada setiap minggu.

  1. Menyediakan bekas makanan secukupnya bagi membolehkan anak ayam mendapat makanan secukupnya.

Perkara Penting Supaya Anak Ayam Kekal Sihat


1) LOKASI REBAN DIDIK YG SESUAI
2) SUHU YG BAIK
3) PENGUDARAAN YANG BAIK
4) KEBERSIHAN
5) REBAN DIDIK YG SELESA MENGIKUT JUMLAH ANAK AYAM
6) PENGASINGAN MENGIKUT USIA
7) MINUMAN - DI TUKAR SETIAP HARI
8) MAKANAN - SESUAI MENGIKUT USIA ANAK AYAM
9) UBAT/VITAMIN
10) NYAMUK

HURAIAN

1) Lokasi = reban didik hendaklah berada di tempat yang boleh dimasuki cahaya matahari.


2) Suhu = selain penyediaan mentol, thermometer juga hendaklah disediakan bagi menyukat suhu dalam reban. Ini bagi memastikan suhu berada dalam keadaan baik dan sesuai. Jangan biarkan suhu di bawah 29c.


3) Pengudaraan yang baik = sistem pengudaraan mestilah baik bagi membolehkan udara kotor keluar dan udara bersih dapat masuk dengan baik.


4) Kebersihan = ambil masa sekurang2nya 1 hari seminggu untuk membersihkan reban.

5) Reban mengikut kuantiti anak ayam = pastikan ruang untuk anak ayam cukup selesa bagi mengelakkan anak ayam stress dan mati.


6) Pengasingan mengikut usia = anak ayam hendaklah diasingkan mengikut usia bagi mengelakkan anak ayam yang besar menindas anak ayam yang kecil.

7) Air Minuman ditukar setiap hari = air cukup penting bagi ayam terutama pada musim panas. Air seeloknya ditukar setiap hari terutama bagi air yang mengandungi larutan ubatan.


8) Makanan mestilah sesuai mengikut usia = anak ayam yang berusia 3 hari hendaklah diberikan air minuman sahaja dahulu sebelum diberi makanan. Ini kerana system pencernaan anak ayam masih lembut lagi. Makanan untuk anak ayam hendaklah diberikan apabila sudah mencapai usia 4 hari dengan dedak halus.


9) Ubat / vitamin = ubat dan vitamin sememangnya diperlukan untuk menjamin kesihatan anak2 ayam. Tapi pemberian ubatan/vitamin ini perlulah pada usia yg sesuai.

10) Nyamuk = banyak penyakit anak ayam berpunca dari gigitan nyamuk. simptom penyakit tadi boleh dilihat apabila anak2 ayam tadi telah mengalami masalah mata berair seterusnya menjadi buta. Jadi gunalah kelambu selama 2/3 minggu. Apabila didapati anak ayam tadi sudah boleh melindungi dirinya sendiri, kelambu tidak perlu digunakan lagi untuk di pasang di reban didik.

Pengurusan Anak Ayam


Kejayaan pengurusan anak ayam adalah satu titik tanda kejayaan seseorang penternak yg mahu memulakan projek ternakan ayam kampung. Jika penjualan anak atau penjualan ayam dewasa dilakukan dengan membesarkan benih baka sendiri, pengurusan anak ayam yg betul akan membawa kita kejalan kejayaan. Terdapat 3 jenis pembenihan yg biasa dilakukan oleh penternak ayam di Malaysia.

1. Pembenihan oleh induk secara semulajadi.. cara ini sangat lazim dipraktikkan oleh penternak sambilan atau secara kecil2lan yang menyerahkan proses penetasan dan penjagaan kepada ibu ayam itu sendiri. Kebiasaanya bilangan induk tidak melebihi 10 ekor dimana kurang persaingan dan huru hara dalam kotak penetasan. Telur yg ditetaskan dijaga dan diasuh oleh ibu ayam sehingga anak ayam berusia 2-3 bulan sebelum bercerai susu dengan ibunya. Penternak hanya memantau pembesaran dan menjaga keselamatan pada waktu malam dengan mengurung di dalam bekas atau reban khas untuk mengelakkan ancaman musuh.

2. Pembenihan induk dengan bantuan.. cara ini biasanya digunakan oleh penternak sederhana besar apabila bilangan induk menghampiri 50 ekor. Bagi mengelakkan persaingan atau kepadatan reban penternak akan memisahkan anak ayam dari ibunya sebaik sahaja anak ayam itu kering bulunya selepas menetas, perlu diingatkan anak ayam seboleh-bolehnya diambil sebelum ibunya membawa turun anak tersebut dan telah mengajar anaknya makan. Ini kerana secara lojiknya anak ayam sudah mula bergantung kepada ibunya untuk makan. Sekiranya kita pisahkan anak ayam pada peringkat ini ada kemungkinan anak ayam tidak dapat hidup atau makan dengan sendiri dan akhirnya mati. Anak ayam yg telah dipisahkan akan ditempatkan didalam Brooder selama sebulan hingga 2 bulan sebelum dilepaskan kereban kecil khas untuk peralihan. pada peringkat ini anak ayam diberi makan starter dan diberi ubat antibiotik untuk daya tahan penyakit. Biasanya anak ayam perlu diasuh sebegini sekiranya reban kita mengeluarkan anak ayam lebih dari 100 ekor sebulan. Dengan adanya sistem ini peratusan anak ayam mati dapat dikurangkan.

3. Pengurusan anak ayam dari inkubator.. untuk penternak yg mempunyai ternakan yg melebihi 200 ekor dan kawasan reban adalah terhad. Semua telur dikutip dah dimasukkan ke dalam inkubator. kita boleh menentukan tarikh menetas telur dengan memasukkan telur dalam satu group. Tujuan perkumpulan dilakukan adalah untuk memudahkan kita mengurus anak ayam yg hampir sebaya umurnya dan akan membesar sekata mengikut usia. namun harus diingatkan telur yg dikumpul perlu tidak melebihi 7 hari dari ianya dikeluarkan. Setelah telur menetas anak ayam akan dimasukkan ke dalam brooder sebelum dilepaskan ke reban khas untuk asuhan peralihan. Cara pengurusan ini akan menyebabkan kadar penghasilan telur direban kita lebih tinggi kerana masa pengeraman dan pengasuhan anak ayam diambil alih dan ibu ayam akan bertelur kembali selepas 3-4 minggu. Untuk jaminan pengeluaran benih yg konsisten cara ini perlu dilakukan namun kosnya agak tinggi kerana melibatkan penggunaan tenaga dan masa.

Tuesday, May 18, 2010

Reban

Reban Asuhan

  1. Pastikan bekas untuk ayam mengeram mencukupi.
  2. Letakkan guni, lalang @ rumput kering / kain terpakai untuk alas tempat mengeram.
  3. Tuliskan tarikh pada bekas apabila ayam mula mengeram.
  4. Apabila anak ayam mula menetas, pindahkan anak dan ibu ayam ke reban asuhan.
  5. Apabila kesemua telur ayam telah menetas, biarkan anak ayam bersama ibunya selama 2 minggu.
  6. Setelah itu pindahkan anak ayam ke rumah sementara.
  7. Pastikan ubat merah 707 (bancuhkan dengan air) diberikan kepada anak ayam itu.

Reban Pembakaan

  1. Kengkang pergerakan ibu ayam supaya tenaga yang ayam ini perolehi dari makanan digunakan sepenuhnya untuk mengeluarkan telur. Ibu yang dibiarkan bebas tanpa kawalan akan menggunakan banyak tenaga untuk beraktiviti dan merayap. Akhirnya bilangan telur yang kita perolehi berkurangan serta kualitinya akan menurun.

  1. Tempatkan ayam di kawasan yang sederhana besar. Tujuannya bagi memudahkan berlakunya proses persenyawaan antara si jantan dan si betina. Tanpa persenyawaan, maka telur yang dihasilkan sudah tidak bernilai dari segi penghasilan baka.

  1. Apabila Ibu Ayam dan si jantan ditempatkan dalam satu tempat terkawal, peratusan telur yang dikeluarkan yang berbenih akan lebih tinggi.

  1. Satu lagi ciri ayam kampung melayu ini, adalah sikap mencari hariki untuk mengawal si betina. Jika kita membiarkan baka kita berada dalam satu kelompok 30-50 ekor ibu dengan 5-6 ekor jantan kesulitan akan kita lihat di dalam reban. Ini kerana dalam satu-satu masa bukan semuanya ibu ayam kita dalam keadaaan sedia untuk mengawan. Bagi si betina yang belum dalam fasa nak bertelur, biasanya akan melarikan diri dari dipanjat oleh si jantan. Maka akan berlakulah kejar mengejar dan pergaduhan antara ayam. Yang lagi parah apabila hanya beberapa ekor sahaja si ibu yang berada dalam berahi untuk mengawan. Apabila hanya sedikit sahaja si ibu untuk 'dipanjat' maka apabila sampai masanya si jantan memanjat, akan berlaku serangan dari si jantan lain yang akan cuba merampas takhta untuk mengawan, sekiranya ini kerap berlaku maka kesempurnaan proses mengawan itu akan terganggu.

  1. Makanan juga adalah perkara yang penting bagi seekor ibu ayam, makanan yang mempunyai cukup zat akan meningkatkan kadar pengeluaran telur. makanan perlu diberi mengikut jadual serta kita perlu memberi makanan tambahan lain termasuk tumbuhan hijau. Ubatan seperti vitamin, antistress dan elektromisis juga perlu diberi dari masa ke semasa untuk menjamin kesihatan ibu dan si jantan.

  1. Reban yang kita bina khas untuk induk perlulah menghadap matahari terbit bagi membenarkan matahari pagi masuk ke dalam reban dan mengeringkan lantai reban. Jika kita silap menghalakan reban kita, gejala lantai lembap dan berlecah akan terjadi. Dan bila bercampur pula dengan najis dari induk ini, bau serta penyakit mula menyerang.

  1. Sediakan bekas telur yang sesuai bilangannya berbanding jumlah ibu yang ada. Jika jumlah terlalu sedikit, kekecohan akan berlaku dan kesesakan yang tidak diingini tak dapat dielakkan. Kesesakkan ini biasanya disumbang oleh si ibu yang telah diambil telurnya tetapi masih juga mahu meneruskan aktiviti mengeram.

Sunday, May 16, 2010

Langkah Penting Menyambut Anak Ayam Inkubator

Sediakan kotak plastic pvc. Bersihkan kotak ini dan lapikkan dengan surat khabar lama untuk memudahkan kerja pembersihan. Kemudian satu lapisan tisu diletakkan di atas surat khabar. Tujuan tisu ini adalah untuk memberi lebih cengkaman kepada anak ayam ini ketika kali pertama menjejakkan kaki selepas keluar dari inkubator.

Tisu ini hanya digunakan sekali dan dibersihkan atau dikeluarkan selepas 3 hari keluar dari inkubator dan diganti dengan lapik biasa.

Sediakan bekas air biasa yang diisi dengan air biasa dengan suhu bilik, bukannya air suam atau air sejuk. Anak ayam seharusnya tidak mendapat kejutan suhu semasa kali pertama anak ini minum.

Taburkan dedak dengan kuantiti sedikit di atas lapisan tisu tadi dan bukannya dalam bekas makanan ayam biasa. Ini hanya dilakukan untuk kali pertama ayam ini makan.

Lampu berkuasa 5 watt digantung di dalam bekas plastik ini dan seeloknya ketinggian mentol ini untuk kali pertama atau hari pertama adalah sedikit sahaja tinggi dari kepala anak ayam ini(1/2 inci).

Ketinggian lampu diubah mengikut minggu usia anak ayam ini, pada penghujungnya sebulan jarak mentol dengan anak ayam seharusnya pada setinggi 4 inci atau lebih demi melatih anak ayam 'memahami persekitarannya'.

Pemindahan anak ayam dari inkubator boleh dibuat sedikit demi sedikit. Jangan biarkan anak ayam ini terlalu lama diluar tanpa bantuan cahaya.

Anak ayam yang sudah cukup cergas dan dapat berdiri tegak dipindahkan ke brooder.

Mulut atau muncung paruh anak ayam itu direndamkan sedikit dibekas air supaya anak ayam ini tahu terdapat sumber air, anak ayam dibiarkan merasa air itu seketika dan biarkan dia mencari air itu sendiri dalam proses'belajar' berdikari.

10. Anak ayam dibiarkan berada dalam lingkungan cahaya mentol sepanjang masa semasa berusia dibawah 2 minggu dan pada waktu malam sahaja selepas itu. Setelah usia mencecah 1 bulan lampu hanya dipasang sekiranya hari hujan atau cuaca sejuk.

11. Pindahkan anak ayam ke reban asuhan luar setelah didapati anak ayam sudah cergas.

Tuesday, May 4, 2010

Faktor Yang Mempengaruhi Penetasan Dalam Inkubator


Antara punca masalah telur tak menetas adalah:
1. Telur yang dijangkiti kuman. Tanpa disedari anda telah memasukkan sebiji dua telur yang telah tercemar dengan kotoran seperti lumpur dari kaki ibu atau bekas telur itu sendiri, ataupun semasa anda mengutip telur tersebut terdapat sebiji telur yang telah pecah dan cairan di dalam telur pecah tersebut telah mencemari telur yang anda kutip. Telur yang tercemar ini akan menjangkiti telur yang lain sekiranya anda memasukkannya di dalam inkubator yang telah mengandungi telur lain.

2. Telur yang tiada benih atau tidak disenyawakan oleh si jantan. Untuk ternakan cara lepas bebas, peratusan untuk telur tidak disenyawakan agak tinggi akibat kegagalan si jantan memanjat si betina. Ini kerana persaingan antara jantan2 yang ada atau kawasan ternakan yang terlalu luas menyebabkan si jantan berjauhan dengan si betina. Telur itu tidak akan menetas walau apa pun dilakukan terhadapnya.3. Jangkitan sekunder di mana kotoran dan kuman dari tangan semasa kita memusingkan telur berpindah kepada telur tanpa kita sedari. Kadangkala kuman ini juga boleh di dapati dipersekitaran bekas inkubator itu sendiri berikutan penggunaanya yang kerap. Jangkitan sekunder ini juga boleh terjadi apabila telur bersentuh dengan najis anak ayam yang dibiarkan mengering bulunya selepas menetas di dalam inkubator.

4. Masalah teknikal seperti suhu tak stabil, kelembapan kurang atau kegagalan memusingkan telur itu sendiri.

5. Pengaruh baka atau genetik telur seperti ibu muda yang kali pertama mengeram, ibu yang telah dijangkiti penyakit sebelum ini seperti jangkitan disaluran reproduktif dan ibu yang kekurangan zat makanan seharian.
6 Telur yang telah rosak kerana dibiarkan lama diluar sebelum dimasukkan di dalam inkubator juga akan menurunkan peratusan telur menetas.

Monday, May 3, 2010

Candling Telur


Tujuan kita candling atau menyuluh telur adalah untuk memeriksa kandungan embrio di dalam telur kita. Perkara candling selalu diabaikan oleh pengguna inkubator dengan beranggapan ianya tidak penting dan proses pengeraman diserahkan sepenuhnya kepada Inkubator. Padahal sebelum kita boleh memasukkan sebarang telur, proses candling perlu dilakukan untuk proses saringan ujian telur. Sekiranya tidak lulus ujian ini perlu kita buang atau gunakan untuk tujuan harian, jgn sesekali mencuba meneruskan proses pengeraman. Antara faktor yg perlu dinilai semasa proses pemilihan adalah;

1. Perhatikan sebarang retakan pada telur, walaupun terdapat cara untuk menampal retakan namun jalan terbaik adalah tidak memilih telur tersebut. Retakan ini akan jelas dilihat dari bayangan telur tersebut sama ada kecil atau besar garisannya.

2. Perhatikan sebarang perbezaan ketara toner atau kecerahan kulit di setiap bahagian telur. Mungkin anda akan nampak seperti satu tompok seperti lebih terang dari bahagian yg lain, ini bermakna kawasan tersebut mempunyai kulit yg nipis. Kemungkinan telur ini untuk menetas adalah sedikit kerana ketidaksamarataan yg menunjukkan kekurangan kalsium.

3. Perhatikan sekiranya terdapat sebarang keganjilan kepada tompok gelap (kuning telur) di dalam telur tersebut seperti saiz, bentuk dan sebagainya. Kadang2 ada telur yg tiada kuning telur yg disyaki telur dari ayam jantan dan sebagainya.. telur seperti ini kalau dieramkan tidak akan mendatangkan anak ayam.

4. Perhatikan juga keadaan luaran telur tersebut. Telur perlu bebas dari kotoran seperti tahi ayam dan sebagainya.. sekiranya terdapat kotoran sila bersihkan dengan mengosok telur menggunakan kain bersih yg kering. Jika terdapat kotoran kering gunakan kuku yg berlapik dengan tisu untuk membuangnya. Kotoran ini akan menggangu proses pengeraman kerana telur tidak akan mendapat suhu sekata disetiap permukaan telur. kotoran ini juga akan menjangkiti embrio. Ada juga pengusaha menggunakan kertas pasir yg paling halus untuk mengeluarkan kotoran degil namun perlu diingatkan kulit telur akan haus atau terhakis.. ini juga boleh menjejaskan kualiti telur yg hendak dieramkan.

Setelah pemeriksaan dilakukan anda boleh melakukan proses pengeraman di dalam inkubator. Telur perlu diperiksa(candling) sekali lagi dalam masa 4-5 hari selepas kita mengeramkan, periksa sama ada terbentuk jaringan urat darah pada kuning telur. Jika tiada kita boleh mengeluarkan telur tersebut dan menggantikan dengan yang baru. Telur ini biasanya tidak disenyawakan oleh penjantan maka embrio tidak akan terbentuk.

Candling sekali lagi akan dilakukan pada hari ke 10 yang mana apabila kita menyuluh, bayangan embrio dapat dilihat biasanya saiz embrio sudah 2/3 dari saiz telur. Pada ketika ini mata dan kepala telah jelas kelihatan..kita juga mula melihat paruh telur pada usia 12 hari ... embrio akan mula melakukan pergerakan didalam cecair plasenta telur.

Kita juga boleh melakukannya sekali lagi apabila telur telah berada selama 15 hari di dalam inkubator. Pada peringkat ini embrio telah memenuhi ruang dalam telur namun kita dapat melihat dengan jelas ruang udara pada bahagian tumpul telur. Perlu diingatkan embrio yg telah mencapai usia 17 hari keatas sebolehnya tidak diganggu kerana embrio telah menjadi anak ayam sepenuhnya dan mula melakukan aktiviti menguatkan badan untuk proses penetasan. Sila keluarkan sebentar telur yg hendak dicandling bagi memudahkan proses dilakukan.

Tuesday, April 27, 2010

Saringan Telur Ayam Sebelum ke Inkubator

Sekiranya anda ingin membeli atau sudah mempunyai incubator.. kita perlu melakukan saringan telur yang ingin dieram.. tujuan saringan ini adalah untuk memastikan telur yang dimasukkan benar2 berkualiti dan bersih.. jika anda gagal melakukan aktiviti ini dan terus memasukkan kedalam incubator.. ada kemungkinan telur yang anda masukkan tidak mempunyai benih dan mungkin telah rosak pada awalnya.. so untuk memaksimumkan pengeluaran telur dan meningkatkan kejayaan penetasan perkara seperti berikut perlu dilakukan.

1. mengutip telur dari reban sama ada telur baru atau telur yang telah dieramkan oleh ibu.. kekadang telur yang baru dikeluarkan telah dieramkan oleh ibu ayam lain yang tersilap bekas telur atau baru belajar mengeram.

2. setelah telur dikumpulkan anda perlu memeriksa permukaan telur dengan meneliti setiap biji telur yang telah dikutip.. perhatikan sebarang kecacatan atau kerosakan pada telur tadi.. buat kepada semua telur sepenuhnya.

3. setelah saringan fizikal selesai anda perlu membersihkan telur dengan membuang segala kotoran yang dapat dilihat secara kasar.. biasanya kotoran ini terdiri daripada najis ayam dan juga tanah yang tercalir semasa ibunya bertelur.. kadangkala kotoran datang dari bekas telur kita dan juga dari lebihan lendir dari telur yang pecah didalam bekas telur.. kotoran boleh dibersihkan dengan kain bersih sekiranya telur yg kita perolehi masih baru dan belum dieram oleh ibu dan sekiranya ada kotoran degil bersihkan dengan kertas pasir halus dengan perlahan-lahan. Anda perlu berhati2 semasa membersih kerana telur ayam amat mudah pecah dan kadang kala anda akan terjumpa telur yang nipis kulitnya sehingga hanya dengan menggosok sahaja kulitnya akan retak dan pecah.. adalah dinasihatkan menolak telur ini kerana biasanya telur ini tidak akan menetas kerana kekurangan zat makan dari ibu dan ibu baru mula bertelur.

4. setelah semua telur dibersihkan anda perlu untuk memeriksa benih telur dengan menggunakan candling. perhatikan kalau ada kecacatan dalam telur seperti keretakan, saiz kuning telur, warna telur , garisan jangkitan, bentuk telur dan sebagainya.

5. setelah selesai langkah di atas anda perlu menanda tarikh pada telur untuk memastikan jangkaan telur akan menetas dapat ditentukan kelak.. tulis jangkaan telur menetas dengan menambah tarikh telur dimasukkan dengan jumlah hari 21 hari.. contohnya hari kemasukkan adalah pada 5 hb dan tarikh yg perlu ditulis ditelur adalah(5+21) 26 hb.. sebab kenapa perlu berbuat sedemikian kerana kalau kita menulis tarikh masuk pada telur (5 hb) setiap kali kita hendak memeriksa telur kita, kita perlu mengira jumlah hari umur telur tersebut dengan menolak tarikh periksa dengan tarikh masuk.. kekadang sampai masa untuk menetas pun kita tidak tahu n perasan kerana sukar nak menolak sepanjang masa.. dengan menggunakan cara tarikh tadi kita hanya menunggu masa yg tercatat ditelur itu sampai sahaja sebagai rujukan waktu telur dijangkakan menetas.

Saturday, April 24, 2010

Cara Menggunakan Inkubator


Inkubator adalah cara terbaik untuk memaksimakan pengeluaran telur di ladang ternakan.

Penggunaan inkubator merupakan satu langkah bijak dalam meningkatkan pengeluaran benih anak ayam berbanding eraman secara semulajadi oleh ibu ayam dan lebih menjimatkan kos pembelian anak benih ayam dengan harga (RM2.50 – RM3.70) yang berumur satu minggu.

Peratusan penetasan dalam inkubator bergantung kepada beberapa faktor antaranya;
- Kualiti baka ayam
- Kualiti inkubator
- Cara pengurusan telur

Tips penggunaan Inkubator.

1. Sebelum menggunakan inkubator untuk permulaan, pastikan inkubator tersebut bersih dan bebas dari sisa2 pembuatan seperti cat, shelex, abuk kayu dan sebagainya.

2. Inkubator perlu di pasang semalaman untuk menguji sistem yg dipasang dalam perkakasan tersebut.

3. Kita perlu mempunyai termometer digital yg lebih tepat untuk mengukur suhu di dalam inkubator. Suhu diukur dari permulaan lampu menyala sehingga lampu padam. Catat dan bandingkan julat suhu antara kedua-duanya, pastikan suhu mencapai 38 darjah .

4. Julat perbezaan antara suhu max dengan suhu min sepatutnya tidak melebihi 3 darjah kerana sebarang berbezaan yg terlalu besar akan merosakkan telur yg dieram cth- min: 37, max 39 sahaja.

5. Sekiranya julat terlalu tinggi, anda dinasihatkan tidak meletakkan dahulu telur kerana ianya akan mengagalkan usaha anda menetaskan telur, cuba mengubah dan menentu ukuran termostart dengan menambah atau mengurangkan suhu.. sekiranya gagal juga biarkan on dahulu incubator tersebut selama 3 hari.. kadangkala termostart perlu distabilkan untuk mendapatkan bacaan terbaik.. mungkin selepas 2-3 hari ianya akan stabil.

6. Sekiranya masih bermasalah, ia menunjukkan termostart anda bermasalah, sila rujuk kepada penjual semula untuk troubleshooting.(jgn lupa memasukkan air di dalam bekas air dalam inkubator semasa menguji kerana kelembapan di dalam inkubator mempengaruhi suhu).

7. Sebelum memasukkan telur, periksa telur yg bakal dimasukkan. Bersihkan kekotoran dengan kain kering atau kertas pasir paling halus, tetapi berhati-hati untuk tidak merosakkan kulit telur. Untuk telur yg terlalu kotor, dinasihatkan tidak dimasukkan sekali kerana kekotoran tersebut akan menggangu penetasan. Jangan sesekali mencuci dengan air atau mengeramkan telur yg telah terkena air.

8. Telur yang kulitnya terlalu nipis atau kasar menggerutu yg diperiksa dengan meneliti permukaan telur biasanya gagal ditetaskan..begitu juga telur pertama ayam yang biasanya terlekat kesan darah.. (dalam byk2 telur dalam tempat telur biasanya ada sebijik yg ada darah) peratusannya rendah.

9. Semasa meletakkan telur pastikan bahagaian bulat atau yg paling besar telur di atas.. seeloknya disenggetkan sedikit supaya bahagaian yg berongga( yg besar) di atas.. ia menggalakkan pembinaan embrio semasa proses pengeraman.

10. Untuk inkubator manual, telur perlu diterbalik2kan sebanyak 3 kali sehari untuk meransang pertumbuhan embrio dan mengelakkan embrio dalam kedudukan kaku.. ia juga boleh mengelakkan embrio melekat pada kulit telur.. proses pembalikan dilakukan dengan tangan yg kering dan bersih atau menggunakan sarung tangan. Periksa atau suluh telur selepas 4-6 hari untuk memeriksa kandungan.. jika tiada perubahan sila keluarkan dan goreng..telur tersebut tidak disenyawakan.

11. Elakkan membuka pintu inkubator terlalu kerap atau dalam tempoh masa yg panjang kerana ianya akan menurunkan suhu serta memaksa lampu menyala lebih lama( meningkatkan penggunaan elektrik dan memendekkan jangka hayat mentol) suhu tak stabil akan mempengaruhi telur.

12. Setiap telur perlu ditulis tarikh untuk rujukan.. ada 2 cara penulisan tarikh..1- tarikh masuk dan satu lagi tarikh untuk telur menetas.. letakkan satu kalendar disamping inkubator untuk rujukan.

13. 3 hari sebelum telur menetas anda perlu menghentikan aktiviti memusingkan telur kerana pada masa ini embrio sudah dalam keadaan bersedia untuk menetas dimana biasanya muncung paruhnya berada dibahagian atas. Jika kita menterbalikkan juga dikuatiri embrio akan menjadi lemah kerana terpaksa menggunakan tenaga untuk memusingkan badan ke atas.

14. Proses penetasan biasanya anak ayam akan menebuk lubang udara terlebih dahulu untuk membenarkan udara masuk bagi melatih bernafas untuk kali pertama. Proses penetasan biasanya mengambil masa 12-24 jam.. jgn memaksa anak ayam keluar dengan memecahkan cengkerang kerana tak sabar nak tgk anak ayam keluar kerana dikuatiri anak ayam terlalu lemah atau pusat anak ayam tersebut belum kering dan masih melekat pada kulit dalam telur.. jika ada paksaaan jugak biasanya isi perut anak ayam akan terburai sekali kerana ianya masih bersambung dan belum cukup kuat.

15. Anak ayam yg baru menetas dibiarkan dalam inkubator untuk tempoh 24 jam hingga 3 hari untuk proses pengeringan dan membina kekuatan badan..selepas tu kita perlu memindahkan ke bekas asuhan anak ayam (brooder).

16. Anda tidak digalakkan memasukkan kesemua telur ayam serentak pada masa yg sama. Masukkan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakkan dalam inkubator semasa penetasan kelak.. juga mengelakkan kerugian besar apabila berlaku kegagalan inkubator.

17. Pastikan anda memeriksa suhu inkubator sekerap mungkin sekurang2nya 3 hari sekali.. sebaik2nya setiap hari untuk kepastian kefungsian termostart.

18. Pastikan mentol tambahan sentiasa berada dalam simpanan anda untuk memastikan mentol dapat ditukar secepat mungkin sekiranya ada yg terbakar.. kekurangan mentol akan mengurangkan sumber haba untuk inkubator.

19. Periksa paras air dari masa kesemasa, kelembapan amat penting bagi mengelakkan telur kita terpanggang dengan kepanasan inkubator.
20. Telur yg melebihi tempoh 21 hari perlu dihapuskan secepat mungkin kerana tiada anak ayam akan menetas selepas tempoh tersebut.

Monday, April 12, 2010

Ciri-Ciri Reban Yang Baik

1. Menggunakan sistem flock kecil (kelompok). Reban dimuatkan dengan sejumlah ibu dan sejumlah bapa ayam dimana keluasan adalah bersesuaian dengan jumlahnya.

2. Ayam dikengkang untuk bergerak bebas untuk memastikan segala tenaga yang diperolehi dari makanan digunakan untuk bertelur.

3. Reban perlu disediakan tempat tidur dan tempat untuk bertelur.

4. Ibu dan bapa ayam akan ditempatkan didalam reban ini selama mana ayam ini masih mengeluarkan telur secara max.

5. Makanan diberikan dengan cara berkala dan dipantau agar induk ini sentiasa bertenaga dan mendapat nutrisi yang terbaik.

6. Telur dikutip setiap hari untuk menjamin kebersihan telur dan mengurangkan pencemaran kepada telur.

7. Ibu ayam yang tidak lagi aktif bertelur akan diganti dengan ibu baru.

Perkara Asas Dalam Reban


1. Reban induk.. ada yg buat terbuka dan ada yg buat tertutup(berjaring dan berpintu untuk memudahkan kawalan dan kurungan). Saiz reban induk ini haruslah dapat menampung jumlah induk yang diternak. Namun kita perlu memberi sedikit ruang tambahan untuk ayam ini tidur kerana resam ayam akan berebut tempat tidur yang dirasakan paling selamat.. reban induk perlu tinggi sedikit dan diletakkan palang-palang untuk ayam bertenggek waktu tidur. Sebaiknya ketinggian tempat bertenggek ini berbeza untuk membolehkan ayam tidur mengikut hairaki keotaian mereka. Jika tidak, perebutan tempat tidur akan berlaku dan ini menyebabkan ayam sering terjatuh dan cedera. Dibahagian bawah reban ini perlu bersih dan kalau boleh ditaburkan pasir atau habuk kayu.. ini kerana 70% ayam akan memerut bila dia tidur. Nak lagi bagus kita simen dan buat longkang supaya mudah untuk kita membersihkanya.

2. Tempat untuk ibu ayam bertelur.. selalunya kita jarang menyediakan tempat bertelur yang terbaik kerana kita sering berangapan ianya tidak penting dengan alasan ibu ayam biasanya pandai menyesuaikan diri..jadi kita pun buatlah bekasnya ala kadar sahaja..itulah kesilapan teknikal yang paling besar sekali.Sekiranya kita mahu membiakkan ternakan, perkara terpenting adalah memastikan telur dalam keadaan yang baik untuk jaminan benih akan datang dan apabila telur ini menetas nanti penjagaan anak ayam juga perlu diberi perhatian. Ayam2 induk yg kita ada sudah boleh berdikari dan mempunyai antibodi yg kuat tidak seperti anak ayam. Tempat penetasan perlulah kalis air dan sedikit tersorok agak ibu ayam tidak terganggu ketika mengeram. Kotak pengeraman perlulah diletakkan tinggi dan berperingkat untuk pilihan ibu ayam.

3. Reban kecil untuk asuhan anak ayam dan anak ayam remaja.. reban ini perlu dibuat untuk mengasuh anak ayam. Reban kecil ini cukuplah hanya bersaiz 2x4 kaki. Sekiranya mampu, buat sebanyak mungkin reban jenis ini kerana anak ayam perlu duduk di dalam reban ini selama sekurang2 2 bulan sebelum dilepaskan. sekiranya produksi telur bertambah dan kita kekurangan reban, masalah akan timbul dan kesesakan akan menyebabkan lebih banyak anak ayam akan mati.

4. Reban rawatan.. reban ini untuk mengasingkan induk yang mempunyai simptom2 penyakit. Ini dapat mengelakkan penyebaran penyakit dari ayam yang tidak sihat. Saiz reban sederhana dan ayam dikurung secara berasingan. Reban ini harus sentiasa ditutup dan jauh
dari reban utama.

5. Bekas tadahan air.. untuk kegunaan ayam sekiranya berlaku bekalan air terputus. Ayam sangat memerlukan air terutama pada musim panas.

6. Satu stor kecil.. untuk menyimpan segala peralatan, makanan dan ubat-ubatan.

7. Lampu.. untuk menerangi pada waktu malam. Lampu dapat menghindari kegiatan pencurian dan memudahkan pemantauan dilakukan. Boleh diletakkan dipintu masuk atau belakang reban.

8. Inkubator.. untuk bantuan penetasan telur ayam. Sekiranya ayam bertelur pada waktu musim tengkujuh biasanya peratusan ayam menetas menurun berikutan faktor cuaca. Masalah ini dapat diatasi dengan menetaskan telur di dalam inkubator.

Sunday, April 11, 2010

Inkubator

Mesin Penetas Telur















Inilah inkubator yang dibeli dari Kedah.


Pada 7/4/10, saya telah membeli inkubator dari seorang rakan blog dari kedah dengan harga RM400 dan kos pengangkutan RM50. Dia hantar dengan bas. Inilah pertama kali nak guna inkubator jadi terpaksalah keluarkan modal untuk beli bagi merealisasikan impian untuk menternak ayam secara moden. Bila dah dapat inkubator, saya cuba setting untuk mendapatkan suhu yang terbaik untuk telur ayam. Mengambil masa berjam-jam untuk mendapatkan suhu 39c. Apabila tengok dalam blog rakan-rakan penternak, telur ayam hanya elok untuk jangka masa 1 minggu.. tapi masalahnya saya dah simpan telur ayam hampir 2 minggu. Namun, saya cuba masukkan juga telur ayam tersebut bagi tujuan eksperiman.

Peringkat permulaan, saya masukkan telur ayam sebanyak 23 biji dan telur itik Khaki Cambell 5 biji. Saya tulis tarikh bagi setiap telur yang dimasukkan dengan menggunakan pensil bagi memudahkan proses pemantauan. En. Rezuan (pembuat inkubator) kata suhu untuk telur ayam dan itik sama je..jadi sebab itulah saya masukkan secara serentak. Sekarang ni bacaan suhu tidak kurang 38c dan tidak lebih 40c. Telur ini dijangka menetas 29/4/10 jika tiada apa-apa masalah.

















































































































Tuesday, April 6, 2010

Projek Bermula

Sebenarnya dah lama aku fikir pasal projek ayam ni. Tapi bila saja nak buat xcukup modal. Namun bila dah dapat kerja ni.. ada duit baki gaji, aku teruskan projek membela ayam kampung. Sekarang ni ayam aku hanya ada anak 12 ekor manakala ibu ayam yang sudah bersedia untuk bertelur ada 6 dan yang muda pulak aku baru ambil kat kampung mertua aku 3 ekor. Ayam jantan pulak ada seekor je.
Peringkat pertama projek, Allah sudah uji aku dengan penyakit ayam. 2 ekor ibu telah dikenalpasti ada penyakit sakit mata dan sampar..pening..pening. Inilah dugaan kita sebagai hamba Allah.
Aku mulalah cari ubat untuk merawat, setiap kali balik mengajar aku kena lah rawat ayam aku yang sakit dulu..namun aku tidak akan berputus asa.
Langkah pertama aku untuk berjaya dalam projek ini ialah dengan membeli inkubator dari sahabat negeri jelapang padi. (En. Rezuan). Dia baru hantar semalam dengan bas. Pagi tadi aku terlena, hampir xsedar nak pergi ambik barang dengan driver bas..tapi alhamdulillah Allah sedarkan aku, dan terus bangun untuk pergi ambik inkubator di kg. sireh kat tesco Kb. Alhamdulillah dapat juga aku memiliki sebuah inkubator berkapasiti 150 biji telur.
Petang nanti aku akan terus guna inkubator tersebut untuk mengeram telur ayam yang sudah disimpan hampir 2 minggu.. tapi sahabat2 penternak bagitahu telur ayam ni elok simpan tidak lebih satu minggu. Walaubagaimanapun aku tawakkal jelah kepada Allah..yang paling penting nak test dulu inkubator buatan orang Islam kita.
Rumah ayam aku yang baru telah pun siap cuma menunggu kehadiran anak-anak ayam yang bakal menetas nanti.

Permulaan Penternakan


Buat kajian terlebih dahulu. Dengan minat yg mendalam barulah boleh melaksanakan sesuatu dengan baik. Sebaiknya kumpulkan segala maklumat mengenai jenis ternakan, risiko, cara pengendalian, aspek pasaran dan hala tuju. Selepas itu isikan semuanya dalam satu buku nota untuk rujukan akan datang. Setelah berpuas hati dengan maklumat yg ada, perlulah menjawab beberapa soalan sebelum anda memulakan projek;


1) Berapakah pulangan yang diharapkan dari perniagaan ini?- Sekiranya jawapan melebihi seribu ringgit maka perlu melakukan projek ini bersungguh2 kerana untuk mendapatkan pulangan lebih dari seribu, projek yg diperlukan mestilah berskala besar atau sederhana besar.

- Sekiranya jawapan tak kisah berapa pun , lakukanlah secara part time atau sebagai hobi. Cukuplah kalau mendapat tambahan kewangan sekiranya projek berjaya dan dapat menjual bila tiba masanya.

2) Sejauhmanakah komitmen yang dapat diberikan?

- Sekiranya ingin buat sepenuh masa, maka bagaimana untuk mendapatkan perbelanjaan harian sebelum mendapat hasil pertama.

- Bagaimana cara untuk memberi perhatian sepanjang tempoh projek berjalan.

3) Kewangan

- Adakah mampu untuk mengeluarkan modal supaya projek dapat dijalankan.

4) Lokasi dan tempat pelaksanaan projek

- Tempat mestilah sesuai dan strategik. (jarak berhampiran rumah, kawasan yang diluar bencana alam spt banjir, tanah sewa / persendirian)

5) Reban

- Adakah telah merancang rekabentuk reban yang terbaik? (sumber bahan binaan dan sistem penyelenggaraan yang baik).

6) Benih

- Di mana nak cari benih yang berkualiti dan murah.


7) Ilmu penternakan

- Mempunyai ilmu yang cukup untuk melaksanakan projek. (cetek
ilmu adalah tiket untuk menghadapi kegagalan).

- Sumber ilmu; internet, lawatan ke ladang, buku dan kawan2.

8) Pasaran

- Cara pemasaran dan kaedah penghabisan stok untu produk yang tidak dapat dijual.

9) Pulangan modal

- Bagaimana nak buat dengan keuntungan dan cara buat pusingan modal untuk mengembangkan lagi projek.


Cara terbaik anda memulakanya secara kecil-kecilan dahulu untuk tempoh masa 4-6 bulan untuk belajar dan trouble shooting, belajar dari kesilapan lebih baik dari belajar dari mulut orang. Sediakan diri untuk menghadapi kegagalan kerana adat kejayaan adalah kekuatan kita menangani kegagalan.

Monday, April 5, 2010

Persediaan Mental Sebelum Menternak

Kenali diri (tekun dan tidak mudah putus asa, sejauh mana mampu untuk bertahan dengan dugaan yang akan melanda sepanjang menternak)

Merangka perancangan.

Kemampuan kewangan.

Berani menanggung risiko.

Mampu menguruskan rekod reban dan membuat catatan nota / rekod bagi setiap aktiviti reban.

Mampu korbankan masa (tiada istilah cuti dalam bidang penternakan).

Sanggup buat apa sahaja bagi memastikan keselamatan ternakan dan berjaya dijual.

Sanggup untuk sentiasa belajar dan mencari ilmu sebanyak mungkin pasal penternakan.

Sanggup untuk menebalkan muka menjual di pasar-pasar bagi memaksimumkan keuntungan.

Sentiasa berdoa minta pertolongan dari Allah.