- Menyediakan reban asuhan @ brooder. Keluasan mengikut kuantiti anak ayam. Pastikan tiada lubang yang boleh menyebabkan angin luar masuk. Reban anak ayam hendaklah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan penyakit.
- Menyediakan sumber haba @ mentol untuk anak ayam memanaskan badan. Mentol 5 watt untuk hari biasa manakala mentol 15 watt untuk musim kentujuh. Ketika umur anak ayam bawah 1 bulan lampu hendaklah dipasang 24 jam. Suhu yang baik untuk anak ayam ialah 37c ketika umur bawah 1 minggu dan menurun sebanyak 1c pada setiap minggu.
- Menyediakan bekas makanan secukupnya bagi membolehkan anak ayam mendapat makanan secukupnya.
Perkara Penting Supaya Anak Ayam Kekal Sihat
1) LOKASI REBAN DIDIK YG SESUAI
2) SUHU YG BAIK
3) PENGUDARAAN YANG BAIK
4) KEBERSIHAN
5) REBAN DIDIK YG SELESA MENGIKUT JUMLAH ANAK AYAM
6) PENGASINGAN MENGIKUT USIA
7) MINUMAN - DI TUKAR SETIAP HARI
8) MAKANAN - SESUAI MENGIKUT USIA ANAK AYAM
9) UBAT/VITAMIN
10) NYAMUK
HURAIAN
1) Lokasi = reban didik hendaklah berada di tempat yang boleh dimasuki cahaya matahari.
2) Suhu = selain penyediaan mentol, thermometer juga hendaklah disediakan bagi menyukat suhu dalam reban. Ini bagi memastikan suhu berada dalam keadaan baik dan sesuai. Jangan biarkan suhu di bawah 29c.
3) Pengudaraan yang baik = sistem pengudaraan mestilah baik bagi membolehkan udara kotor keluar dan udara bersih dapat masuk dengan baik.
4) Kebersihan = ambil masa sekurang2nya 1 hari seminggu untuk membersihkan reban.
5) Reban mengikut kuantiti anak ayam = pastikan ruang untuk anak ayam cukup selesa bagi mengelakkan anak ayam stress dan mati.
6) Pengasingan mengikut usia = anak ayam hendaklah diasingkan mengikut usia bagi mengelakkan anak ayam yang besar menindas anak ayam yang kecil.
7) Air Minuman ditukar setiap hari = air cukup penting bagi ayam terutama pada musim panas. Air seeloknya ditukar setiap hari terutama bagi air yang mengandungi larutan ubatan.
8) Makanan mestilah sesuai mengikut usia = anak ayam yang berusia 3 hari hendaklah diberikan air minuman sahaja dahulu sebelum diberi makanan. Ini kerana system pencernaan anak ayam masih lembut lagi. Makanan untuk anak ayam hendaklah diberikan apabila sudah mencapai usia 4 hari dengan dedak halus.
9) Ubat / vitamin = ubat dan vitamin sememangnya diperlukan untuk menjamin kesihatan anak2 ayam. Tapi pemberian ubatan/vitamin ini perlulah pada usia yg sesuai.
10) Nyamuk = banyak penyakit anak ayam berpunca dari gigitan nyamuk. simptom penyakit tadi boleh dilihat apabila anak2 ayam tadi telah mengalami masalah mata berair seterusnya menjadi buta. Jadi gunalah kelambu selama 2/3 minggu. Apabila didapati anak ayam tadi sudah boleh melindungi dirinya sendiri, kelambu tidak perlu digunakan lagi untuk di pasang di reban didik.
macam mana kalau ank ayam ada macam pertumbuhan kt dada dia wrna biru hitam. sbb yg sekor tu dh mati sbb nie. ada sekor lagi dan sedang mengalami. boleh bagi penerangan dan tips x??
ReplyDelete