Reban Ayam Baru

Reban Ayam Baru

Tuesday, July 6, 2010

Peringkat Tumbesaran Ayam


  1. Peringkat 1 = peringkat usia anak ayam dari satu hari sehingga 2 bulan. Ketika ini perhatian serius diperlukan untuk meningkatkan daya hidup seekor ayam. Ayam perlu dijaga dari semua aspek termsuk suhu persekitaran, keselamatan serta makan minum. Anak ayam sangat sensitif terhadap perubahan persekitaran dan sebarang unsur berbentuk tekanan meningkatkan kematian anak ayam.

  1. Peringkat 2 = peringkat usia antara 2-4 bulan. Ketika ini anak ayam mula diasuh untuk menjadi ayam dewasa. Ciri-ciri ayam dewasa matang mula wujud dan proses pembesaran berlaku. Namun ketika ini anak ayam masih lemah walaupun pada mata kasarnya sudah cukup bersedia. Kalau ketika ini kita mendedahkan anak ayam ini dipersekitaran yang asing dan sukar seperti cuaca melampau, anak ayam akan mudah mati. biasanya penternak memindahkan anak ayam yang menyerupai reban ayam dewasa tanpa pemantauan. Perkara ini banyak membunuh anak ayam secara langsung atau tidak. Sepatutnya anak ayam masih lagi dididik berikut resam si ibu akan mendidik anaknya sehingga berusia 3 bulan. Ketika umur 3 bulan, si ibu akan meninggalkan anaknya namun masih mengambil tahu sekiranya anaknya bermain dipersekitaran. Oleh kerana kita tidak mendidik anak ayam ini secara formal atau secara tabii, maka lanjutan tempoh masa mendidik perlu dilanjutkan kepada 4 bulan.

  1. Peringkat 3 = Anak ayam berusia 4 bulan sehingga matang. Ayam akan mula matang apabila mencecah usia 6 bulan. Namun untuk ayam jantan jangkamasa 1 tahun diperlukan untuk mencecah usia matang sebagai baka pejantan. anak ayam sudah digelar ayam matang pada masa ini. Dari usia 4 bulan hingga 6 bulan, anak ayam biasanya akan membesar dengan cepat untuk menyediakan diri untuk hidup bersaing di dalam reban. Anak ayam mula nampak cergas serta meniru perbuatan biasa ayam matang lain. Ayam boleh hidup sehingga 8-10 tahun sekiranya dibiarkan lepas bebas dan antara 4-5 tahun jika diternak secara kurungan.

No comments:

Post a Comment