Reban Ayam Baru

Reban Ayam Baru

Tuesday, July 6, 2010

Pengurusan Anak Ayam


Kejayaan pengurusan anak ayam adalah satu titik tanda kejayaan seseorang penternak yg mahu memulakan projek ternakan ayam kampung. Jika penjualan anak atau penjualan ayam dewasa dilakukan dengan membesarkan benih baka sendiri, pengurusan anak ayam yg betul akan membawa kita kejalan kejayaan. Terdapat 3 jenis pembenihan yg biasa dilakukan oleh penternak ayam di Malaysia.

1. Pembenihan oleh induk secara semulajadi.. cara ini sangat lazim dipraktikkan oleh penternak sambilan atau secara kecil2lan yang menyerahkan proses penetasan dan penjagaan kepada ibu ayam itu sendiri. Kebiasaanya bilangan induk tidak melebihi 10 ekor dimana kurang persaingan dan huru hara dalam kotak penetasan. Telur yg ditetaskan dijaga dan diasuh oleh ibu ayam sehingga anak ayam berusia 2-3 bulan sebelum bercerai susu dengan ibunya. Penternak hanya memantau pembesaran dan menjaga keselamatan pada waktu malam dengan mengurung di dalam bekas atau reban khas untuk mengelakkan ancaman musuh.

2. Pembenihan induk dengan bantuan.. cara ini biasanya digunakan oleh penternak sederhana besar apabila bilangan induk menghampiri 50 ekor. Bagi mengelakkan persaingan atau kepadatan reban penternak akan memisahkan anak ayam dari ibunya sebaik sahaja anak ayam itu kering bulunya selepas menetas, perlu diingatkan anak ayam seboleh-bolehnya diambil sebelum ibunya membawa turun anak tersebut dan telah mengajar anaknya makan. Ini kerana secara lojiknya anak ayam sudah mula bergantung kepada ibunya untuk makan. Sekiranya kita pisahkan anak ayam pada peringkat ini ada kemungkinan anak ayam tidak dapat hidup atau makan dengan sendiri dan akhirnya mati. Anak ayam yg telah dipisahkan akan ditempatkan didalam Brooder selama sebulan hingga 2 bulan sebelum dilepaskan kereban kecil khas untuk peralihan. pada peringkat ini anak ayam diberi makan starter dan diberi ubat antibiotik untuk daya tahan penyakit. Biasanya anak ayam perlu diasuh sebegini sekiranya reban kita mengeluarkan anak ayam lebih dari 100 ekor sebulan. Dengan adanya sistem ini peratusan anak ayam mati dapat dikurangkan.

3. Pengurusan anak ayam dari inkubator.. untuk penternak yg mempunyai ternakan yg melebihi 200 ekor dan kawasan reban adalah terhad. Semua telur dikutip dah dimasukkan ke dalam inkubator. kita boleh menentukan tarikh menetas telur dengan memasukkan telur dalam satu group. Tujuan perkumpulan dilakukan adalah untuk memudahkan kita mengurus anak ayam yg hampir sebaya umurnya dan akan membesar sekata mengikut usia. namun harus diingatkan telur yg dikumpul perlu tidak melebihi 7 hari dari ianya dikeluarkan. Setelah telur menetas anak ayam akan dimasukkan ke dalam brooder sebelum dilepaskan ke reban khas untuk asuhan peralihan. Cara pengurusan ini akan menyebabkan kadar penghasilan telur direban kita lebih tinggi kerana masa pengeraman dan pengasuhan anak ayam diambil alih dan ibu ayam akan bertelur kembali selepas 3-4 minggu. Untuk jaminan pengeluaran benih yg konsisten cara ini perlu dilakukan namun kosnya agak tinggi kerana melibatkan penggunaan tenaga dan masa.

No comments:

Post a Comment