Reban Ayam Baru

Reban Ayam Baru

Monday, April 12, 2010

Perkara Asas Dalam Reban


1. Reban induk.. ada yg buat terbuka dan ada yg buat tertutup(berjaring dan berpintu untuk memudahkan kawalan dan kurungan). Saiz reban induk ini haruslah dapat menampung jumlah induk yang diternak. Namun kita perlu memberi sedikit ruang tambahan untuk ayam ini tidur kerana resam ayam akan berebut tempat tidur yang dirasakan paling selamat.. reban induk perlu tinggi sedikit dan diletakkan palang-palang untuk ayam bertenggek waktu tidur. Sebaiknya ketinggian tempat bertenggek ini berbeza untuk membolehkan ayam tidur mengikut hairaki keotaian mereka. Jika tidak, perebutan tempat tidur akan berlaku dan ini menyebabkan ayam sering terjatuh dan cedera. Dibahagian bawah reban ini perlu bersih dan kalau boleh ditaburkan pasir atau habuk kayu.. ini kerana 70% ayam akan memerut bila dia tidur. Nak lagi bagus kita simen dan buat longkang supaya mudah untuk kita membersihkanya.

2. Tempat untuk ibu ayam bertelur.. selalunya kita jarang menyediakan tempat bertelur yang terbaik kerana kita sering berangapan ianya tidak penting dengan alasan ibu ayam biasanya pandai menyesuaikan diri..jadi kita pun buatlah bekasnya ala kadar sahaja..itulah kesilapan teknikal yang paling besar sekali.Sekiranya kita mahu membiakkan ternakan, perkara terpenting adalah memastikan telur dalam keadaan yang baik untuk jaminan benih akan datang dan apabila telur ini menetas nanti penjagaan anak ayam juga perlu diberi perhatian. Ayam2 induk yg kita ada sudah boleh berdikari dan mempunyai antibodi yg kuat tidak seperti anak ayam. Tempat penetasan perlulah kalis air dan sedikit tersorok agak ibu ayam tidak terganggu ketika mengeram. Kotak pengeraman perlulah diletakkan tinggi dan berperingkat untuk pilihan ibu ayam.

3. Reban kecil untuk asuhan anak ayam dan anak ayam remaja.. reban ini perlu dibuat untuk mengasuh anak ayam. Reban kecil ini cukuplah hanya bersaiz 2x4 kaki. Sekiranya mampu, buat sebanyak mungkin reban jenis ini kerana anak ayam perlu duduk di dalam reban ini selama sekurang2 2 bulan sebelum dilepaskan. sekiranya produksi telur bertambah dan kita kekurangan reban, masalah akan timbul dan kesesakan akan menyebabkan lebih banyak anak ayam akan mati.

4. Reban rawatan.. reban ini untuk mengasingkan induk yang mempunyai simptom2 penyakit. Ini dapat mengelakkan penyebaran penyakit dari ayam yang tidak sihat. Saiz reban sederhana dan ayam dikurung secara berasingan. Reban ini harus sentiasa ditutup dan jauh
dari reban utama.

5. Bekas tadahan air.. untuk kegunaan ayam sekiranya berlaku bekalan air terputus. Ayam sangat memerlukan air terutama pada musim panas.

6. Satu stor kecil.. untuk menyimpan segala peralatan, makanan dan ubat-ubatan.

7. Lampu.. untuk menerangi pada waktu malam. Lampu dapat menghindari kegiatan pencurian dan memudahkan pemantauan dilakukan. Boleh diletakkan dipintu masuk atau belakang reban.

8. Inkubator.. untuk bantuan penetasan telur ayam. Sekiranya ayam bertelur pada waktu musim tengkujuh biasanya peratusan ayam menetas menurun berikutan faktor cuaca. Masalah ini dapat diatasi dengan menetaskan telur di dalam inkubator.

No comments:

Post a Comment