Inkubator adalah cara terbaik untuk memaksimakan pengeluaran telur di ladang ternakan.
Penggunaan inkubator merupakan satu langkah bijak dalam meningkatkan pengeluaran benih anak ayam berbanding eraman secara semulajadi oleh ibu ayam dan lebih menjimatkan kos pembelian anak benih ayam dengan harga (RM2.50 – RM3.70) yang berumur satu minggu.
Peratusan penetasan dalam inkubator bergantung kepada beberapa faktor antaranya;
- Kualiti baka ayam
- Kualiti inkubator
- Cara pengurusan telur
Tips penggunaan Inkubator.
1. Sebelum menggunakan inkubator untuk permulaan, pastikan inkubator tersebut bersih dan bebas dari sisa2 pembuatan seperti cat, shelex, abuk kayu dan sebagainya.
2. Inkubator perlu di pasang semalaman untuk menguji sistem yg dipasang dalam perkakasan tersebut.
3. Kita perlu mempunyai termometer digital yg lebih tepat untuk mengukur suhu di dalam inkubator. Suhu diukur dari permulaan lampu menyala sehingga lampu padam. Catat dan bandingkan julat suhu antara kedua-duanya, pastikan suhu mencapai 38 darjah .
4. Julat perbezaan antara suhu max dengan suhu min sepatutnya tidak melebihi 3 darjah kerana sebarang berbezaan yg terlalu besar akan merosakkan telur yg dieram cth- min: 37, max 39 sahaja.
5. Sekiranya julat terlalu tinggi, anda dinasihatkan tidak meletakkan dahulu telur kerana ianya akan mengagalkan usaha anda menetaskan telur, cuba mengubah dan menentu ukuran termostart dengan menambah atau mengurangkan suhu.. sekiranya gagal juga biarkan on dahulu incubator tersebut selama 3 hari.. kadangkala termostart perlu distabilkan untuk mendapatkan bacaan terbaik.. mungkin selepas 2-3 hari ianya akan stabil.
6. Sekiranya masih bermasalah, ia menunjukkan termostart anda bermasalah, sila rujuk kepada penjual semula untuk troubleshooting.(jgn lupa memasukkan air di dalam bekas air dalam inkubator semasa menguji kerana kelembapan di dalam inkubator mempengaruhi suhu).
7. Sebelum memasukkan telur, periksa telur yg bakal dimasukkan. Bersihkan kekotoran dengan kain kering atau kertas pasir paling halus, tetapi berhati-hati untuk tidak merosakkan kulit telur. Untuk telur yg terlalu kotor, dinasihatkan tidak dimasukkan sekali kerana kekotoran tersebut akan menggangu penetasan. Jangan sesekali mencuci dengan air atau mengeramkan telur yg telah terkena air.
8. Telur yang kulitnya terlalu nipis atau kasar menggerutu yg diperiksa dengan meneliti permukaan telur biasanya gagal ditetaskan..begitu juga telur pertama ayam yang biasanya terlekat kesan darah.. (dalam byk2 telur dalam tempat telur biasanya ada sebijik yg ada darah) peratusannya rendah.
9. Semasa meletakkan telur pastikan bahagaian bulat atau yg paling besar telur di atas.. seeloknya disenggetkan sedikit supaya bahagaian yg berongga( yg besar) di atas.. ia menggalakkan pembinaan embrio semasa proses pengeraman.
10. Untuk inkubator manual, telur perlu diterbalik2kan sebanyak 3 kali sehari untuk meransang pertumbuhan embrio dan mengelakkan embrio dalam kedudukan kaku.. ia juga boleh mengelakkan embrio melekat pada kulit telur.. proses pembalikan dilakukan dengan tangan yg kering dan bersih atau menggunakan sarung tangan. Periksa atau suluh telur selepas 4-6 hari untuk memeriksa kandungan.. jika tiada perubahan sila keluarkan dan goreng..telur tersebut tidak disenyawakan.
11. Elakkan membuka pintu inkubator terlalu kerap atau dalam tempoh masa yg panjang kerana ianya akan menurunkan suhu serta memaksa lampu menyala lebih lama( meningkatkan penggunaan elektrik dan memendekkan jangka hayat mentol) suhu tak stabil akan mempengaruhi telur.
12. Setiap telur perlu ditulis tarikh untuk rujukan.. ada 2 cara penulisan tarikh..1- tarikh masuk dan satu lagi tarikh untuk telur menetas.. letakkan satu kalendar disamping inkubator untuk rujukan.
13. 3 hari sebelum telur menetas anda perlu menghentikan aktiviti memusingkan telur kerana pada masa ini embrio sudah dalam keadaan bersedia untuk menetas dimana biasanya muncung paruhnya berada dibahagian atas. Jika kita menterbalikkan juga dikuatiri embrio akan menjadi lemah kerana terpaksa menggunakan tenaga untuk memusingkan badan ke atas.
14. Proses penetasan biasanya anak ayam akan menebuk lubang udara terlebih dahulu untuk membenarkan udara masuk bagi melatih bernafas untuk kali pertama. Proses penetasan biasanya mengambil masa 12-24 jam.. jgn memaksa anak ayam keluar dengan memecahkan cengkerang kerana tak sabar nak tgk anak ayam keluar kerana dikuatiri anak ayam terlalu lemah atau pusat anak ayam tersebut belum kering dan masih melekat pada kulit dalam telur.. jika ada paksaaan jugak biasanya isi perut anak ayam akan terburai sekali kerana ianya masih bersambung dan belum cukup kuat.
15. Anak ayam yg baru menetas dibiarkan dalam inkubator untuk tempoh 24 jam hingga 3 hari untuk proses pengeringan dan membina kekuatan badan..selepas tu kita perlu memindahkan ke bekas asuhan anak ayam (brooder).
16. Anda tidak digalakkan memasukkan kesemua telur ayam serentak pada masa yg sama. Masukkan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakkan dalam inkubator semasa penetasan kelak.. juga mengelakkan kerugian besar apabila berlaku kegagalan inkubator.
17. Pastikan anda memeriksa suhu inkubator sekerap mungkin sekurang2nya 3 hari sekali.. sebaik2nya setiap hari untuk kepastian kefungsian termostart.
18. Pastikan mentol tambahan sentiasa berada dalam simpanan anda untuk memastikan mentol dapat ditukar secepat mungkin sekiranya ada yg terbakar.. kekurangan mentol akan mengurangkan sumber haba untuk inkubator.
19. Periksa paras air dari masa kesemasa, kelembapan amat penting bagi mengelakkan telur kita terpanggang dengan kepanasan inkubator.
20. Telur yg melebihi tempoh 21 hari perlu dihapuskan secepat mungkin kerana tiada anak ayam akan menetas selepas tempoh tersebut.